TULAAHH..JGN TIDO LEPAS SAHUR... NANTI..... ^_^

Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat sahabat2 sekalian... tidur selepas sahur kadang2 sudah menjadi kebiasaan (caye pn kdg2 wat..tettt) tahu tak apa akan jadi kalu kita tidur selepas sahur...jeng3...hehe


       ok la,ni nak kongsi cite skit...menurut kajian, jika kita tidur selepas sahur,badan akan terasa letih selepas  jam 9 pagi. Ini akan mengganggu konsentrasi  pembelajaran atau di tempat kerja pada awal pagi. Tetapi jika kamu mengambil keputusan bijak ,iaitu tidak tidur selepas sahur,kamu akan mendapati badan kamu akan segar sehingga lebih kurang jam 11 malam insyaAllah...
ngantuknye yer.... ^_^
       selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa lemak akan terkumpul di perut kalau kita tidur selepas sahur...aiyokkk...hehe nanti "spare tyre" banyak...hihi ^_^ so, lemak yang terkumpul di bahagian perut mempunyai impak negatif  yang lebih buruk berbanding anggota tubuh yang lain. Ia boleh mengundang risiko penyakit yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang seperti penyakit jantung,angin ahmar dan kanser.


lemak berlebihan aka "spare tyre"
       Lebih membahayakan apabila lemak yang merupakan sumber kalori terbanyak gagal melalui proses penghadaman sempurna jika  kamu terus tidur selepas makan. Sekurang- kurangnya 3 jam diperlukan sebelum tidur bagi membolehkan kalori dibakar dan dihantar ke tempat-tempat lain di dalam badan.


       Tahu tak apa punca mengantuk selepas sahur???
puncanya adalah disebabkan kamu makan terlalu banyak hingga terlau kenyang . Jika kamu banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih banyak tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen kat otek pun berkurangan.


        Jadi,saya nak kongsi sikit apa amalan yang boleh kita lakukan selepas sahur.
Berdoa
  1. Berdoa pada waktu sahur atau selepas bersahur mempunyai barakah kerana pada waktu itu rahmat turun dan doa terangkat dan sekaligus menghalang kita daripada melakukan perkara yang tidak baik kesan berlapar pada siang hari.

  2. Kita juga tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk melakukan amal-amal soleh seperti berzikir,membaca al-Quran dan solat sunat Tahajudserta solat sunat witir. Ambillah peluang ini untuk mengubah sama dari segi kesihatan dan amal ibadah kita.
Tingkatkan ibadah


Ini saja yang dapat dikongsikan kali ini..smoga amal ibadah dan puasa kita diterima Allah sebagai amalan yang soleh..insyaAllah... wallahua'lam 

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Assalamualakum pada sahabat-sahabat yg saya kasihi. Hari ini timbul satu topik yang semestinya membuatkan kita berhenti berfikir.
KEMATIAN....
apa yang anda fikir tentang kematian??adakah anda bersedia menghadapi kematian??
astaghfirullah...kadang pabila keseorangan berfikir sejenak tentang kematian...apakah nasib kita di alam barzakh??
Semuanya terletak pada diri kita. ambillah masa untuk berfikir tentang sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap yang hidup.bukan sekadar mengejar duniawi semata.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-anbiya ayat 35 :
 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم*كل نفس ذائقة الموت
maksudnya :

setiap yang hidup itu pasti

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud
cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan
masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat
secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal
hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali
cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah
memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung
tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya
Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda
yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-
orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa
sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.





TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.



TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.





Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga
kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang
akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga
kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan
samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa
dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka
diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun
doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-
mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


wallahualam

credit to deedja

TIPS KEKAL BERTENAGA WALAUPUN BERPUASA

      Alhamdulillah...ku masih berpeluang dipertemukan dgn Ramadhan sekali lagi..Bulan yang penuh dengan keberkatan.Menjelang bulan Ramadhan kebiasaannya berbuka puasa lebih diberi keutamaan berbanding bersahur sedangkan sahur itu amat penting untuk membuatkan kita kekal bertenaga melakukan aktiviti ketika menjalani ibadah puasa.


APAKAH PERBEZAAN PUASA ANTARA ORANG ISLAM & ORANG YAHUDI DAN NASRANI(AHLI KITAB)??
Jawapannya adalah SAHUR.






Sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud ,
"Perbezaan di antara puasa kami dan ahli kitab (Yahudi & Nasrani )ialah adanya makan sahur."


Apabila bersahur perlulah kita mengambil makanan  yang betul dan bukan cuma meneguk segelas air.


Makanan yang perlu diambil ketika bersahur :
  • MAKANAN KARBOHIDRAT YANG KAYA SERAT makanan seperti nasi,mee,dan gandum yang tergolong dalam makanan karbohidrat yang kompleks yang lambat hadam dan mampu bertahan selama 8jam.

  • BIJIRAN OAT ATAU GANDUM PENUH ,SATU HINGGA DUA HIDANGAN DENGAN SECAWAN SUSU.
     makanan ini tergolong dalam karbohidrat yang ringkas yang mengenyangkan tetapi tidak dapat bertahan berpanjangan.

  • MAKAN PROTEIN DAPAT MENGEKALKAN TENAGA BERPANJANGANproses pertukaran sumber protein seperti daging,ikan,udang,hati,tempe,tauhu dan kacang adalah lebih lambat dari yang lain.Ini akan menyebabkan badan sentiasa berasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

  • JANGAN LUPA BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
    Buah-buahan jangan dilupakan yang bukan sahaja sebagai pencuci mulut malah sebagai pembekal vitamin c yang dapat menyerap zat besi dalam badan kita seperti buah jambu,betik,mangga dan nanas. "Buahan kampung" yang harganya murah kaya dengan vitamin c antaranya mangga muda,bacang dan kedondong.

  • MINUM AIR SECUKUPNYA
    sekurang-kurangnya 1 Liter sehari.Cara yang terbaik adalah dengan minum 9 gelas air secara beransur-ansur dari saat buka puasa hingga bersahur.

JADIKAN KELEMAHAN ITU SATU KELEBIHAN

Kata-kata inilah yang memberi semangat kepadaku..dikala ku merasa ku tiada sesiapa dan tidak yakin pada diri datang seorang insan iaitu insan yg amat ku sayangi memberi kata-kata semangat ni...huhu syukran kathiran ku ucapkan kepadamu...tengah2 final ni sume jadi tak menentu...enzyme2 dalam badanku ni kadg2 susah nk jalankn kerja die...hehe hmm..mungkin inilah dugaan belajar..ilmu ni sukar utk kita dapatkan kalu xikhlas or belajar sebab exam...even tak suke pn kene sukekan jugak supaya dipermudahkan mempelajarinya....exam?? sape suke exam mmg org yg hebat...hehe tp exam ni la nk uji tahap kemampuan kite...janganla cuba2 bwak "nota toyol" dalam exam hall..mmg naya...hehe kalau kita xkene mase skrg mgkin akan kene di masa akan dtg...cntohnye even GPA "4 rata " sekalipun, kalu Allah nak balas kat die,maybe waktu selesai pengajian die sukar dapat kerja ke...nauzubillah...huhu Rezeki segalanya datang daripada Allah..kita sebagai manusia perlu BERUSAHA,BERTAWAKAL dan BERSERAH serta YAKIN bahawa Allah akan membantu hamba yang yakin padaNya... Moral of da story.........


  "CEMERLANGLAH DENGAN BERMARUAH..." 

قال الله تعالى في القراءن الكريم: قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ 
(ال عمران:26)



Allah berfirman dalam surah Ali Imran
 “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Jadi,jelaslah di situ Allah lah yang memberi rezeki kepada segala sesuatu. Jika kita tak dapat apa yang kita mahukan , janganlah dikau bersedih..kerana ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan tidak semua yang kita mahukan akan kita peroleh seperti dalam firman :

:قال الله تعالى في القراءن الكريم

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 
البقرة :216
Firman Allah S.W.T. :Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 
(surah al- Baqarah :216)

last but not least, kepada kepada rakan- rakan yang bakal menghadapi peperiksaan..."MAAT TAUFIQ WANNAJAH" semoga dipermudahkan segalanya..tulisan ini sekadar perkongsian dan peringatan bersama semoga setiap apa yang dilakukan akan diterima sebagai amalan yang soleh... ^_^
...wallahua'lam...



ZINNIRAH SRIKANDI SEJATI


Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

              Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

               "Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat khaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

               Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

               Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.